Sejak beberapa hari yang lalu, nama pelakon Nad Zainal menjadi bualan ramai di media sosial apabila ramai yang mengritiknya berhubung dakwaan bermasam muka dengan rakan artis.

Susulan isu terbabit, suami kepada pelakon Nad Zainal iaitu Ungku Ismail dilihat sempat memuat naik satu hantaran di Instagram seakan memberi bayangan terhadap isu yang berlaku.

Menerusi hantaran itu, Ungku Ismail telah berkongsi kata-kata buat mereka yang menjadi mangsa gosip dan difitnah.

Hantaran tersebut seperti memberi nasihat kepada mereka yang difitnah supaya tidak menghiraukan apa yang berlaku sebaliknya bersyukur kerana mendapat pahala ‘percuma’ daripada si penggosip.

Sementara itu, hasil tinjauan ke Instagram Nad Zainal mendapati pelakon tersebut sudah menukarkan akaunnya kepada mode privasi selepas kontroversi ini melanda dirinya.

Sumber Vocket

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, Like Dan Share Ya… Terima Kasih.

Jom! sertai kami di page terbaru kami, Sila Klik Disini –> Detik Ini Viral Press

Pihak Hanif Okay tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosiaI ini. Ianya adalah pandangan peribadi pemilik akaun, segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun itu sendiri.